Assalamualaikum..
Atas permintaan seorang rakan dan dengan izin Allah, akhirnya ada jugak lah kudrat dalam diri ni nak mengupdate blog yang makin sepi ni.. Kalau ikut kan hati memang malas dan sangat penat, dan kalau ikutkan keadaan blog ni pun macam hidup segan, mati x mahu.. Tapi, aku pun nak jugak cerita kat korang pasal life aku..
Hmm, bagi kawan2 yg masih x tahu, untuk pengetahuan korang, aku dah selamat sampai kat bumi Mesir nie pada 14 Oktober 2009.. Flight lebih kurang 12 jam, transit dekat Jordan selama 2 jam untuk drop budak2 jordan. Flight kitaorg chartered.. Naik MAS. Selama duduk atas flight tu, kerja kitaorg kalau x tidor makan, kalau x makan, tidor.. Time ni x raya lagi, so maknanya time puasa la kan.. Since kitaorg dalam keadaan musafir, so everyone decide nak guna rukhsah la.. Allah dah bagi rukhsah kena guna la kan… Hehehe..
Ok2.. Proceed…
Feelings bila dah sampai sini? Huah, macam ni ke airport cairo? huhuhu.. rasa macam kat kantin sekolah.. (jahat, but that’s true) Nway, bak kata senior seblum ni pun, expect the worst from Egypt.. Hehehe.. So, x delah terkejut sangat.. First time sampai, Cairo masih panas.. About 31 celcius… Lebeh kurang Msia je, cuma dia terik sikit sebab x de awan..
2 weeks, kitaorg duduk Dewan Malaysia Abasiyah. 1 week for orentation and another week, meraban hidup sendiri.. Hehehe.. Actually, nak letak gambar2 aku kat sini, but disebabkan ketenatan wireless di kawasan ni, terkubur lah harapan aku tu.. Nway, sempat merasa raya di perantauan.. Sebenarnya seronok jer. Meriah, ramai orang Malaysia kat sini. Kawan pun ramai. Senior pun bleh thn ramai, even x ramai balik Mesir lagi. Aku x masak untuk raya yer, kat DMAK x belh masak.. ehehehe, jadi tukang makan je.. Hari2 ada open house, rumah kelantan lah, umah kedah lah, umah johor, umah terengganu.. Kejer makan je.. Haih, naik dah 2 kilo duk sini.. Belum masuk musim sejuk lagi nih.. Wargh..
Hmm btw, duk kat mesir ni, x sah kalau x pergi piramid kan?? hehehe, senior2 kami pun dengan baik hatinya buat jaulah khas untuk kitaorg pergi piramid.. Aku kagum.. Seriously kagum dengan piramid 2.. Batu2 piramid tu semua setinggi badan aku.. Just imagine how strong n tough they were to build up that pyramid…Mesti suffering nak buat piramid 2. It was not an easy job.. Kalau fikir2 balik, apa purpose sbenar firaun 2 nak buat piramid… Dari dulu, sampai sekarang firaun tu nak disanjung, disembah.. And orang-orang zaman dulu, ada such a great tech to construct that geometrically complicated building, dengan lorong dalam piramid 2.. Mesti susah gler..
Then, pergi makam Imam Syafie.. Sayu hati ni.. Kat dalam makam tu, ada tapak kaki yang dikatakan tapak kaki Nabi Muhammad… Aduh, jauhnya rasa aku dengan baginda… Rindu.. Tu baru tapak kaki, belum lagi pergi makam nabi…
Pastu pergi qal’ah salahuddin al ayubi.. Tengah2 kubu tu terpaksa dipecah kan sebab nak buat jalan, tapi ada orang tu kata, dari hujung kubu ke hujung lagi satu pada zaman salahuddin tu, orang bleh buat solat jamak qasar.. So, just imagine how great Islam masa ni.. Tapi sayang, aku x faham kenapa, kawasan kat bawah qal’ah tu macam kawasan setinggan. Worse than Msia, rasa malu sangat.. Kenapa Islam zaman dulu sangat gemilang, bersih, megah, kaya, tapi sekarang aku witness sdr how poor n susah sangat hidup orang Islam kat sini.. Peminta sedekah tu memang ramai lah.. How come?? So, memang tanggungjawab kita semua, to bring back kegemilangan Islam tu. Seriously…
Then banyak lagi lah tempat aku pergi.. Klas bakal bermula hari ahad nie.. Stkat ni, aku masih hidup di Egypt dengan keadaan yang sederhana, x de lah mewah sangat.. Kat Intec tu lagi berapa kali ganda mewah dari duduk mesir nih.. Haish.. Bukanlah aku nak hidup mewah, tapinya, nak menunjukkan betapa toughnya nak dudk negara orang ni.. Kita x de ketuanan kat negara orang ni, so layanannye pun ala kadar je.. Berapa kali dah kena tipu dengan orang kat sini. Kasar 2 x yah cerita lah.. Tapi kalau baik tu baik sungguh.. Pape pun, kita kena pandai jaga diri.. Jangan mudah termakan budi.. (ceyt, cam nak bagi wasiat jer, udah jangan merepek nie)
Sekarang, dah pindah umah.. Belajar mengurus rumah sendiri.. Ibarat pengantin baru, yg beza, kalau pengantin baru dapat hadiah banyak untuk pengurusan rumah, tapi kami semua, zero hadiah… hehehe jadinya terpaksalah beberlanja untuk beli barang keperluan rumah.. Duit… HUHUHUHU mafish fulus… Sekarang msim luruh.. Panas dan sejuk.. Huhuh camne tu?? Terik, tapi angin sejuk… Bleh imagine kan? Mende yang paling best kat sini bagi aku makanan.. Heheh a’sir fresh!!! Malabiah sedap! Memang suka la kalau bab makan. Tapi yang lain kureng dah.. huhuhu..
K lah, singing off.. PENAT mengurus rumah.. Hehehe gud luck everyone.. Maaf x de pict yer..
Salam alaik..